Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Thursday, January 26, 2012

Susunan Pressed Flowers - Bukan Satu Lukisan

Pernah beberapa kali saya bertemu dengan beberapa orang peniaga kerana hendak meletakkan susunan pressed flowers ini secara consignment(tumpang letak di kedai mereka). Mereka membelek-belek susunan bunga ini dan bertanya," Adakah ini satu lukisan yang diwarnakan?" 


Puas juga saya  menerangkan kepada mereka bahawa susunan pressed flowers ini bukannya satu lukisan bahkan ia  tidak mengandungi apa- apa pewarna  yang diletak ke atasnya.Kesemuanya adalah bunga serta  daun asli dan warnanya juga adalah asli. Meskipun ada perubahan sedikit dari warna asal semasa proses penekanannya, warna ini tetap kekal selepas di'laminate'.


Alhamdulillah, susunan ini tidak mengalami perubahan warna dan proses pereputan meskipun lebih 8 bulan saya membuat susunan pressed flowers ini. Sudah semestinya ia boleh dijadikan hadiah yang amat unik dan indah 
terutama sekali buat seorang wanita.

Tuesday, November 22, 2011

Surat khabar lama... Surat khabar lama..



.
Selain daripada untuk membungkus nasi lemak, makanan dan sebagainya, suratkhabar mempunyai banyak lagi kegunaan. Contoh yang paling biasa ialah membuat kraftangan seperti paper mache,bakul yang dianyam atau hiasan di pintu seperti di atas. 

Saya telah mempelajarinya di dalam siaran tv Art Attack lebih daripada 10 tahun yang lalu dan menyuruh anak-anak saya melakukannya.

Apa yang diperlukan ialah surat khabar, tape untuk membentuk surat khabar, kertas tisu tandas, watercolour dan syelek. Syelek digunakan untuk mengilatkannya dan supaya ia  tahan lama. Setelah lebih 10 tahun keadaannya masih elok  langsung tidak dimakan ulat. 


Mungkin ini satu idea untuk mengisi masa lapang anak-anak semasa cuti sekolah.