Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Wednesday, May 30, 2012

Bunga Tanjung- Its Unique Shapes

Most of the fragrant flowers in Malaysia such as bunga tanjung and bunga melur have white petals which colours don't stay when  they are pressed. They will eventually turn brown when they are dried. However the unique shape of bunga tanjung will definitely be beautiful addition to the colourful yet bland shapes of other flowers. Bunga tanjung when pressed will be too thick to be laminated.  Hence we have to cut some parts in the middle of the flower before gluing to the dried flowers arrangements. Here is a sample of the bunga tanjung arrangements that I did.

Feel free to have a look at my pressed flowers arrangements. Click here

Wednesday, February 22, 2012

Bolehkan Bunga Raya Dijadikan Pressed Flowers?

Pernah terfikir bunga raya juga boleh dijadikan pressed flowers? Walaupun kelopak bunga raya berlendir atau berair, dengan cara cara tertentu ia boleh dijadikan pressed flowers.

Bunga raya yang dipetik janganlah ditunggu lama untuk ditekap kerana ia akan berkedut. Ingat! Jangan petik bunga yang bukan hak kita atau tanpa kebenaran orang. Tak berkat nanti!

Selain itu elakkan mengambil bunga raya yang berembun kerana dikhuatiri ia akan berkulat.Keluarkan keolpaknya satu persatu. Elakkan menekap bunga sekuntum terus kerana takut warnanya tidak seperti yang diharapkan.

Tentukan juga buku atau kertas yang digunakan untuk menekap bunga ini kering.

Gambar disebelah memaparkan pressed bunga raya yang saya susun bersama bunga lain. Menarik? Silakan lihat susunan pressed flowers saya diblog ini. Klik di sini!

Monday, January 9, 2012

Dari Mana Saya Dapat Stock Pressed Flowers

Salah satu frame kecil
koleksi pressed flowers
saya.
Pernah juga orang bertanya kepada saya,"Akak buat pressed flowers ni dapat mana? Petik petik saja ke?(Maksudnya main petik bunga ni kat mana-mana sajalah). 


Jawapannya ye dan tidak. Saya hanya memetik bunga yang saya sendiri tanam sahaja, yakni di sekeliling rumah atau yang tumbuh dengan sendiri di celah celah rumput.
Ada kalanya ketika balik kampung, saya minta kebenaran untuk memetik beberapa kuntum bunga dan daun dirumah saudara mara. Ada juga bunga yang saya beli di kedai bunga bila saya terasa bosan dan teringin nak cantikkan kawasan ruang tamu.

Sekiranya di taman awam, kecantikan semulajadi enggan saya rosakkan kerana saya memang pencinta bunga dan tumbuhan. Sekiranya ada yang  jatuh berguguran ditanah barulah saya ambil untuk di buat koleksi pressed flowers saya. 


Buat apa merosakkan pemandangan yang begitu cantik yang penat- penat dijaga oleh tukang kebun di taman awam tersebut. Lagipun dengan melihat tumbuhan yang menghijau dan bunga pelbagai warna penyeri  taman tersebut membuatkan kita mengkagumi dan mensyukuri alam ciptaan Allah ini. 

Friday, October 21, 2011

Pemilihan Warna dalam Bahan Penyampaian

Dalam menyusun bunga pressed flowers ini, saya hanya sekadar 'mix n match'  bunga dan daun supaya susunan ini lebih terserlah warnanya. Saya tidak ingat bagaimana saya dapat memilih dan memastikan warna-warna apa yang sesuai untuk di gandingkan. 


Mungkin pengalaman sebagai saya sebagai guru yang biasa membuat bahan bantuan mengajar menggunakan kertas mahjong banyak membantu saya dalam pemilihan warna. Pelajar akan tertarik dengan adanya warna pada bahan pengajaran yang ingin disampaikan. Bahkan dalam apa jua bahan penyampaian samada atas skrin atau penggunaan pen whiteboard berwarna warni memainkan peranan penting dalam pemfokusan sesuatu perbincangan.


 Apa yang saya ingat dulu, anak- anak selalu merujuk kepada saya bila mahu membuat lukisan dalam kelas pendidikan seni atau membuat poster bagi aktiviti sekolah. Kadangkala saya hanya membiarkan mereka memilih warna yang mereka rasa sesuai, kemudan barulah saya komen. Banyak kali juga saya menegur kerana mereka memilih warna yang tidak serasi. 


Misalnya dalam membuat poster, perkataan biasanya hanya menyerlah jika ada salah satu warna tersebut atau kombinasi tiga warna ini, merah, hitam dan biru. Merah boleh serasi dengan hitam atau biru tapi biru dan hitam tidak serasi. Sekiranya kita perhatikan dari jauh(kalau kita tak rabunlah, hehe), kita dapat baca  perkataan-perkataan ini dengan sekilas pandang saja . Konsep in jugalah saya gunakan dalam susunan pressed flowers saya.Pemilihan warna adalah penting agar susunan bunga ini tidak nampak 'dull' dan ini boleh memberi kesan kepada suasana dalam satu- satu bilik atau kawasan.


Ikuti perbincangan saya seterusnya tentang pemilihan warna dalam bahan penyampaian.

Wednesday, July 20, 2011

Menghayati Sumber Alam Ciptaan Allah Dari Aktiviti Pressed Flowers

Sejak  mengusahakan bidang pressed flowers saya banyak menghargai ini mengkagumi ciptaan Allah terutama sekali apabila melihat daun yang pelbagai bentuk dan bunga yang pelbagai warna. Untuk menghasilkan susunan yang menarik daun sekecil  kuku jari kelingking pun saya amati dan ambil.  

Kadangkala ketika berjalan di taman sendiri daun yang selama ini kita anggap rumput di tanah itulah yang mempunyai bentuk yang menarik. Tak sangka tumbuhan kecil di atas tanahpun mempunyai bentuk- bentuk yang unik. Ada yang berbentuk seperti daun rambutan iaitu bentuk daun yang biasa kita lukis sewaktu kecil- kecil dahulu. Ada yang berbentuk seperti kelopak- kelopak bunga. Ada juga yang berbentuk seperti ulat. 

Dari segi warna, walaupun kebanyakan daun yang dijadikan Allah ini  berwarna hijau, ada juga yang berbelang belang kuning hijau, berbintik bintik dan ada yang bercorak menarik. 

Bunga yang saya gunakan untuk susunan pressed flowers saya ini  kebanyakannya yang di tanam sendiri ataupun yang jatuh berguguran di tepi jalan. Kalau dulu bunga yang saya tanam sendiri hanya sebagai penghias taman dan penyejuk mata, kini ia di hargai sebagai sumber kepada kerja seni yang halus. Kalau dulu bunga yang bertaburan di tepi jalan, saya pandang sebelah mata saja dan lebih suka jika disapu oleh tukang pembersih jalan, kini bunga bunga inilah yang di lihat sebagai jenis bunga yang berbeza yang dapat menambah seri di dalam jambangan pressed flower saya.

Ingin melihat susunan pressed flowers saya? Klik di sini!