Wednesday, December 28, 2011
Tuesday, December 27, 2011
Pressed Flowers in Frame (Pelbagai Saiz)
Memperkenalkan
PRESSED FLOWERS SIAP DALAM
BINGKAI( Pelbagai Saiz)
Susunan bunga asli (bukan bunga tiruan)
- berwarna warni
- ditekankan dan dikeringkan
- di'laminate' untuk tahan lama.
Warna warna terdapat disini adalah warna asli(bukan warna yang di celup).
Susunan bunga ini siap dimasukkan ke dalam bingkai.
Amat sesuai dijadikan hadiah
- Hari jadi
- Perkahwinan
- Hari Ibu
- Hari Guru
- Tugasan pejabat- Penghargaan, kenaikan pangkat dll
Kerana keunikkannya dan keindahannya ia amat sesuai sebagai dekorasi rumah atau hadiah kenang- kenangan.
Silakan lihat koleksi kami.
Jamu Mata...
Mana tahu ada yang berkenan di hati.
Tapi ingat!
Setiap susunan pressed flowers ini berbeza diantara satu sama lain, tidak ada satupun yang sama!
Oleh itu, pilih yang mana anda inginkan dan cepat-cepat buat pesanan!
Bagaimana hendak membuat pesanan?
Mudah saja!
Sila rujuk kepada Cara- Cara Tempahan disebelah kanan blog.
Nota* Kesemua kaca bingkai akan digantikan dengan plastik keras
untuk mengelakkan apa-apa masalah semasa penghantaran.
Nota: Harga pressed flowers ini bergantung juga kepada bingkai
yang berlainan kualiti.
![]() |
| Latar belakang: biru cair Kod: M 002 Harga: RM 30 Saiz: 16.5 cm x 21.8 cm |
![]() |
| Latar belakang: merah jambu Kod: M 001 Harga: RM 30 Saiz: 16.5 cm x 21.8 cm |
![]() | |
|
![]() |
| Latar belakang: merah jambu Kod: M 003 Harga: RM 30 Saiz: 16.5 cm x 21.8 cm |
![]() |
| Latar belakang: kuning cair Kod: M 011 Harga: RM 40 Saiz: 15 cm x 20 cm |
![]() |
| Latar belakang: kuning cair Kod: M 012 Harga: RM 40 Saiz: 15 cm x 20 cm |
![]() |
| Latar belakang: merah jambu Kod: M 013 Harga: RM 40 Saiz: 15 cm x 20 cm |
![]() |
| Latarbelakang: cream Kod: K 002 Harga: RM 40 Saiz: 23.7 cm X 18.8 cm |
![]() |
| Latarbelakang: cream Kod: K 001 Harga: RM 40 Saiz: 23.7 cm X 18.8 cm |
![]() |
| Latarbelakang: cream Kod: K 003 Harga: RM 45 Saiz: 25cm X 20.3 cm |
![]() |
| Latarbelakang: cream Kod: K 004 Harga: RM 40 Saiz: 23.7 cm X 18.8 cm |
![]() |
| Latarbelakang: Cream Kod: K 005 Price: RM 45 Saiz: 25 cm X 20.3 cm |
![]() |
| Latarbelakang: Cream Kod K 006 Price: 50 Saiz 17.8 cm x 23 cm |
![]() |
| Latarbelakang: cream Kod: L 002 Price: 50 Saiz: 25.2 x 34 cm |
![]() |
| Latarbelakang: Kuning Kod: L 001 Harga: RM 50 Saiz: 25.2 x 34 cm |
![]() |
| Latarbelakang: cream Kod: L004 Harga: RM 50 Saiz: 29.7 cm x 34.7 cm |
![]() |
| Latarbelakang: Kuning Kod: L 003 saiz: 28.3 cm x 33.3 cm Harga: RM50 |
![]() |
| Latarbelakang: Cream Kod: L006 Saiz: 29.7 cm x 34.7 cm Harga: RM50 |
![]() |
| Latarbelakang: Merah Jambu Kod: L 005 Saiz: 24.7 cm x 34.7 cm Harga: RM50 |
![]() |
| Latarbelakang: Hijau cair Kod: L007 Harga: RM 50 Saiz: 17.8 cm x 23 cm |
Wednesday, December 21, 2011
Bagaimana Saya Mula-Mula Berminat Dengan Lukisan Cross Sketching
Sewaktu belajar di US dahulu saya telah memilih satu kelas lukisan cross sketching sebagai salah satu mata pelajaran elektif untuk memenuhi syarat mendapat ijazah di sana. Sistem universiti di US dahulu mewajibkan pelajar mengambil beberapa matapelajaran elektif disamping mata pelajaran jurusan yang ingin diceburinya. Mungkin daripada cara sebegitu pelajar akan mendapat pengetahuan yang lebih luas dan tidak tertumpu dengan jurusannya sahaja.
Berbalik kepada kelas cross sketching yang saya hadiri dahulu, saya adalah satu satunya pelajar Melayu di situ dan mungkin juga satu satunya pelajar Islam di kelas tersebut. Oleh kerana saya tak mahu berdepan dengan situasi melukis manusia (yang kadangkala tanpa berpakaian), saya terpaksa berjumpa dengan pensyarah tersebut untuk menerangkan tentang agama Islam yang melarang umat Islam melukis sedemikian.
Lagipun saya pernah terbaca hadith berkenaan larangan melukis manusia dan makhluk hidup tanpa tujuan tertentu.
Mulanya memang lama juga saya fikirkan cara terbaik untuk menerangkannya.Terlintas juga dalam hati kenapalah bersusah payah nak ambil kelas ni. Dah tahu nak berdepan dengan situasi orang tanpa pakaian ni kenapa nak masuk juga. Itulah bak kata orang kalau dah minat kena sanggup berdepan dengan risikonya.
Akhirnya terpaksalah saya pergi ke pejabat pensyarah tersebut menerangkannya. Anehnya pensyarah itu tidak pun banyak bertanya. "Ok. I'll tell you when the class have to practise drawing man or woman. You don't have to come to that class." Begitulah lebih kurang apa yang dikatakannya. Alhamdulillah Allah telah permudahkan segala urusan saya. Apabila tiba kelas melukis seorang manusia, guru tersebut memaklumkan kepada saya dan saya dibenarkan cuti kelasnya selama 2 kali.(Wallahualam..lelaki ke perempuan ke....berpakaian atau tidak saya pun malas nak ambil tahu.)
Sejak dari itu, lukisan cross sketching selalu menjadi kegemaran saya di kala boring atau melepaskan lelah.
Inilah salah satu cross sktech yang saya buat yang digabungkan dengan susunan pressed flowers.
Menarik tak?
Monday, December 12, 2011
Uniknya Bentuk Daun di Sekeliling Kita
Cuba lihat gambar di sebelah! Pernahkah anda terlintas daun sebegini rupa? Ia bukan rumput tapi satu tumbuhan yang mempunyai batang yang pendek tapi daunnnya kadangkala boleh mencecah lebih 10 cm. Daunnya tak banyak cuma ia bercabang kadangkala bercabang tiga kadangkala bercabang lima.
Ada ketikanya bila kita bersiar siar di taman- taman awam atau di padang permainan, jarang sekali kita memandang pelbagai bentuk daun yang terdapat di sekeliling tempat tersebut. Bahkan jarang sekali kita melihat pokok jenis apa yang terdapat di tepi-tepi pejalan kaki pohon- pohon yang teguh berdiri di celah celah batu. Kadangkala kita asyik memerhati di hadapan kita dan terlepas pandang apa yang kita pijak.
Kerap kali bila anak- anak kita melukis daun, dapat kita perhatikan daun yang dilukis hampir sama saja bentuknya. Bentuknya melengkung dan besar di tengah kemudian mengecil ke hujungnya.
Sebenarnya Allah jadikan daun mempunyai pelbagai bentuk yang menarik. Ada yang bentuk seperti anak-anak kita melukis. Ada yang berbentuk memanjang seperti daun pandan, yang bulat bercantum tiga dalam satu ranting.dan ada yang seperti mangkuk. Ada juga yang pelbagai warna bercorak corak pada bahagian atas.
Terdapat daun yang berpecah-pecah seperti daun paku pakis dan daun kelapa.Semuanya mempunyai bentuk tersendiri mengikut keadaan dan cuaca tempat pokok itu hidup yang kita panggil sebagai habitat.
Sejak terlibat dalam bidang pressed flowers ini, saya semakin tertarik dengan pelbagai bentuk dan corak daun yang terdapat disekeliling kita. Lantas dengan automatik saya boleh memikirkan tentang betapa Maha Kuasanya Allah mencipta daun-daun yang sebegitu unik. Cuba lihat hasil susunan daun-daun ini !

Nak lihat sususan pressed flowers saya yang lain? Klik di sini!
Labels:
penerangan,
susunan pressed flowers,
Uniknya
Tuesday, November 22, 2011
Surat khabar lama... Surat khabar lama..
.
Selain daripada untuk membungkus nasi lemak, makanan dan sebagainya, suratkhabar mempunyai banyak lagi kegunaan. Contoh yang paling biasa ialah membuat kraftangan seperti paper mache,bakul yang dianyam atau hiasan di pintu seperti di atas.
Saya telah mempelajarinya di dalam siaran tv Art Attack lebih daripada 10 tahun yang lalu dan menyuruh anak-anak saya melakukannya.
Apa yang diperlukan ialah surat khabar, tape untuk membentuk surat khabar, kertas tisu tandas, watercolour dan syelek. Syelek digunakan untuk mengilatkannya dan supaya ia tahan lama. Setelah lebih 10 tahun keadaannya masih elok langsung tidak dimakan ulat.
Mungkin ini satu idea untuk mengisi masa lapang anak-anak semasa cuti sekolah.
Labels:
isu semasa,
kraftangan,
surat khabar,
water colour
Sekuntum bunga raya merah......
Baru baru ni sekutum bunga raya merah telah jatuh dari pokoknya di halaman rumah saya. Mungkin ada yang berkata,"Isy, isy, isy...Sekuntum pun perasan ke? Bunga raya kan bercambah(banyak) kat negara kita!"
Sebenarnya pokok ini tak besar, hanya sekaki setengah saja tingginya. Daunnya tidak banyak. Batang pokok ini saya ambil dari kampung. Entah kenapa lambat sangat tumbuhnya. Mungkin kedudukannya di bawah pokok rambutan menyebabkan dia kurang terima cahaya matahari.
Berbalik kepada bunga raya yang jatuh tadi. Oleh kerana warnanya merah pekat dan kelopaknya banyak, saya sayang hendak membuangnya. Oleh itu saya keluarkan kelopaknya aehelai demi sehelai lalu masukkannya ke dalam buku telefon lama untuk dijadikan pressed flowers. Dalam hati ada juga ragu-ragu kerana semasa zaman kanak kanak dulu, bunga raya ini sering di jadikan lauk dalam permainan masak-masak.Mungkin susah nak dijadikan pressed flowers.
Selang beberapa hari dimasukkan ke dalam buku telefon adajugalah saya menjengah keadaannya. Takut berkulat pulak. Kadang kadang bunga yang aku tekan dalam buku ni ada juga yang berkulat terutama sekali yang berair. "Eh! ok pulak keadaannya," bisik hatikku semasa menyelak mukasurat buku telefon itu. Tak lama selepas itu, aku telah berjaya menghasilkan pressed bunga raya atau pressed hibiscus yang sudah pun boleh di susun untuk membentuk corak yang menarik.
Agak-agaknya apa warna bunga raya tersebut setelah kering? Merah.? Tidak! Hitam! Tidak! Itu bunga raya yang sudah berkulat! Warnanya ialah ungu pekat! Menarik.....

Subscribe to:
Posts (Atom)