Dalam menyusun bunga pressed flowers ini, saya hanya sekadar 'mix n match' bunga dan daun supaya susunan ini lebih terserlah warnanya. Saya tidak ingat bagaimana saya dapat memilih dan memastikan warna-warna apa yang sesuai untuk di gandingkan.
Mungkin pengalaman sebagai saya sebagai guru yang biasa membuat bahan bantuan mengajar menggunakan kertas mahjong banyak membantu saya dalam pemilihan warna. Pelajar akan tertarik dengan adanya warna pada bahan pengajaran yang ingin disampaikan. Bahkan dalam apa jua bahan penyampaian samada atas skrin atau penggunaan pen whiteboard berwarna warni memainkan peranan penting dalam pemfokusan sesuatu perbincangan.
Apa yang saya ingat dulu, anak- anak selalu merujuk kepada saya bila mahu membuat lukisan dalam kelas pendidikan seni atau membuat poster bagi aktiviti sekolah. Kadangkala saya hanya membiarkan mereka memilih warna yang mereka rasa sesuai, kemudan barulah saya komen. Banyak kali juga saya menegur kerana mereka memilih warna yang tidak serasi.
Misalnya dalam membuat poster, perkataan biasanya hanya menyerlah jika ada salah satu warna tersebut atau kombinasi tiga warna ini, merah, hitam dan biru. Merah boleh serasi dengan hitam atau biru tapi biru dan hitam tidak serasi. Sekiranya kita perhatikan dari jauh(kalau kita tak rabunlah, hehe), kita dapat baca perkataan-perkataan ini dengan sekilas pandang saja . Konsep in jugalah saya gunakan dalam susunan pressed flowers saya.Pemilihan warna adalah penting agar susunan bunga ini tidak nampak 'dull' dan ini boleh memberi kesan kepada suasana dalam satu- satu bilik atau kawasan.
Ikuti perbincangan saya seterusnya tentang pemilihan warna dalam bahan penyampaian.

Biasanya bunga yang hendak di tekan hendaklah dikeluarkan kelopaknya untuk mendapatkan lapisan yang nipis.
Bunga yang kelopaknya besar hendaklah di pisahkan kelopaknya satu persatu. Bunga ros lebih mudah di tekap kerana ia kurang berair. Demikian juga bunga kertas. Bunga semarak api agak berair. Oleh itu kemungkinan untuk bunga tersebut berkulat adalah tinggi. Eloklah jangan di tekap terlalu lama. Kelopak bunga kertas pula sangat nipis, ia mudah kecut dan berkedut apabila dibiar lama diluar sebelum di tekan. Oleh itu ia harus di tekan sebaik sahaja ia di petik.
Bunga- bunga yang kecil tidak perlu dipisahkan kelopaknya.Bunga ini lebih mudah di tekan bersama sama daun dan tangkai. Manakala bunga yang agak lembut kelopaknya perlu dipisahkan dari daun supaya bentuknya yang diperolehi lebih cantik.
Sekiranya bunga bunga ini berair, eloklah di keringkan dahullu di bawah kipas untuk beberapa minit. Tapi ingat jangan dibiarkannnya beberapa jam kerana bunga- bunga yang sudah kecut sangat susah di tekan dan hasilnya memang tidak memuaskan.
Berminat melihat susunan pressed flowers saya? Sila klik di sini.
Sejak mengusahakan bidang pressed flowers saya banyak menghargai ini mengkagumi ciptaan Allah terutama sekali apabila melihat daun yang pelbagai bentuk dan bunga yang pelbagai warna. Untuk menghasilkan susunan yang menarik daun sekecil kuku jari kelingking pun saya amati dan ambil.
Kadangkala ketika berjalan di taman sendiri daun yang selama ini kita anggap rumput di tanah itulah yang mempunyai bentuk yang menarik. Tak sangka tumbuhan kecil di atas tanahpun mempunyai bentuk- bentuk yang unik. Ada yang berbentuk seperti daun rambutan iaitu bentuk daun yang biasa kita lukis sewaktu kecil- kecil dahulu. Ada yang berbentuk seperti kelopak- kelopak bunga. Ada juga yang berbentuk seperti ulat.
Dari segi warna, walaupun kebanyakan daun yang dijadikan Allah ini berwarna hijau, ada juga yang berbelang belang kuning hijau, berbintik bintik dan ada yang bercorak menarik.
Bunga yang saya gunakan untuk susunan pressed flowers saya ini kebanyakannya yang di tanam sendiri ataupun yang jatuh berguguran di tepi jalan. Kalau dulu bunga yang saya tanam sendiri hanya sebagai penghias taman dan penyejuk mata, kini ia di hargai sebagai sumber kepada kerja seni yang halus. Kalau dulu bunga yang bertaburan di tepi jalan, saya pandang sebelah mata saja dan lebih suka jika disapu oleh tukang pembersih jalan, kini bunga bunga inilah yang di lihat sebagai jenis bunga yang berbeza yang dapat menambah seri di dalam jambangan pressed flower saya.
Ingin melihat susunan pressed flowers saya? Klik di sini!
Susunan 'pressed flowers' atau bunga tekap selalunya berlainan antara satu sama lain sebab saiz kelopak bunga yang dijadikan Allah ini berbeza. Agak susah mendapat susunan yang betul-betul sama walaupun menggunakan bunga- bunga yang sama. Demikian juga saiz daun atau rumput yang digunakan. Ada yang uratnya berlainan ataupun bucunya berbeza bilangan. Oleh itu bila di susun bersama bunga- bunga yang berlainan saiz sudah tentu susunan ini menjadi berlainan.
Oleh kerana keunikkannya itu , di tambah pula dengan warna asli ciptaan Allah yang menakjubkan ini, sudah tentu orang yang mempunyai susunan 'pressed flowers' ini berasa ia sesuatu yang berharga. Susunan 'pressed flowers' dari sekecil kecil penanda buku hinggalah ke gambar berbingkai besar jarang sekali dibuang oleh tuan empunya terutama sekali bila diberikan sebagai hadiah.
'Pressed flowers' yang memaparkan bunga asli juga dari warna asal boleh digambarkan seolah-olah seseorang mendapat jambangan bunga segar. Cuma bunga itu tidak akan layu, InsyaAllah. Warna asal dan bukan warna bunga yang dicelup menyebabkan seseorang dapat menghargai alam semulajadi. Sudah semestinya jambangan bunga 'pressed flowers' ini dapat menenangkan fikirannya.
Susunan 'bunga tekap' amat sesuai dijadikan 'hadiah hari jadi' kepada seorang wanita atau kepada 'hadiah pengantin' di hari perkahwinan. Oleh kerana ia tahan lama,dapatlah diabadikan sebagai kenang- kenangan sebagai hadiah daripada seorang sahabat atau saudara. Dengan demikian bertambah eratlah persahabatan diantara satu sama lain.
.
Ingin melihat susunan bunga tekap yang di hasilkan oleh saya?
Klik disini!
Susunan 'Pressed flowers ' atau bunga tekap biasanya dibuat daripada bunga dan daun asli yang segar yang melalui proses tekanan yang kuat untuk mengeluarkan air daripadanya selain daripada memastikan tiada proses pereputan berlaku akibat pendedahan cahaya.
Proses menghasilkan bunga tekap ini bermula dengan pemilihan bunga. Ingat! pilih bunga yang berlainan saiz dan warna. Barulah susunan bunga anda menarik! Bunga yang sesuai ialah bunga yang tidak mengandungi air yang banyak pada kelopaknya. Seelok-eloknya kelopak bunga ini nipis supaya ia cepat kering. Contohnya bunga kertas, bunga ros, bunga jarum dan semarak api. Samalah denga daun. Daun yang banyak air seperti pokok setawar tidak sesuai kerana terlalu banyak air. Pokok orkid juga tidak sesuai kerana daunnnya terlalu keras.
Selepas pemilihan bunga dan daun, barulah kelopak bunga dikeluarkan satu persatu untuk melalui proses tekanan. Bunga yang hendak di tekankan jangan ditunggu lama selepas dipetik. Ia perlu di tekan sebelum ia layu. Janganlah pula anda petik pada awal pagi, kemudian hanya menekannya selepas makan tengahari. Sekiranya ia layu, kelopaknya akan kecut dan berkedut. Jadi susah untuk mendapat bentuk yang menarik. Buat penat ajelah! Samalah dengan daun. Daunnnya yang hendak di tekan seeloknya baru dipetik, yang masih segar, tapi mesti jangan yang baru disiram atau dipenuhi embun. Sekiranya bunga atau daun yang hendak ditekan mengandungi titisan air, ia akan berkulat dan tidak sesuai lagi digunakan. Kena rajin dan sabar!
Untuk menekan bunga-bunga ini bahan yang paling sesuai digunakan ialah buku telefon lama yang tebal(biasanya diberikan percuma oleh pihak telekom dahulu). Buku yang mempunyai kertas 'newsprint' juga sesuai digunakan. Kat mana nak dapatkannya? Biasanya dalam buku-buku latihan UPSR,PMR yang murah-murah tu. Ingat gunakan buku telah digunakan. Jangan membazir! Sekiranya anda tiada buku- buku ini, kertas surat khabar biasa pun boleh digunakan cuma ia agak leceh sebab perlu di koyakkan sehelai demi sehelai. Sabar....ini baru peringkat pertama. Belum lagi peringkat ke dua.
Keluarkan kelopak satu persatu untuk memudahkan ia kering dan letakkannya di atas helaian buku itu. Elakkan daripada pertindihan bunga . Sekali lagi kena sabar.... Bunga jarum yang kecil itu tak perlu di keluarkan kelopaknya. Pisahkan setiap bunga daripada satu sama lain. kemudian tekankan dengan jari bahagian kelopaknya(bahagian batangnya dibiarkan) Seterusnya tutup dengan cepat bunga-buga itu agar ia tidak kembali ke posisi asalnya.
Hempapkan buku telefon itu dengan beberapa buah buku lain yang berat dan biarkannya beberapa hari untuk menghasilkan bunga tekap yang menarik.
Berminat dengan bunga tekan(pressed flowers)? Klik di sini!