Wednesday, August 3, 2011

Proses menekan bunga dan daun.



Biasanya bunga yang hendak di tekan hendaklah dikeluarkan kelopaknya untuk mendapatkan lapisan yang nipis.

Bunga yang kelopaknya besar hendaklah di pisahkan kelopaknya satu persatu. Bunga ros lebih mudah di tekap kerana ia kurang berair. Demikian juga bunga kertas. Bunga semarak api agak berair. Oleh itu kemungkinan untuk bunga tersebut berkulat adalah tinggi. Eloklah jangan di tekap terlalu lama. Kelopak bunga kertas pula sangat nipis, ia mudah kecut dan berkedut apabila dibiar lama diluar sebelum di tekan. Oleh itu ia harus di tekan sebaik sahaja ia di petik.

Bunga- bunga  yang kecil tidak perlu dipisahkan kelopaknya.Bunga ini lebih mudah di tekan  bersama sama daun dan tangkai. Manakala bunga yang agak lembut kelopaknya perlu dipisahkan dari daun supaya bentuknya yang diperolehi lebih cantik.

Sekiranya bunga bunga ini berair, eloklah di keringkan dahullu di bawah kipas untuk beberapa minit. Tapi ingat jangan dibiarkannnya beberapa jam kerana bunga- bunga  yang sudah  kecut sangat susah di tekan dan hasilnya memang tidak memuaskan.

Berminat melihat susunan pressed flowers saya? Sila klik di sini.