Tuesday, November 22, 2011

Surat khabar lama... Surat khabar lama..



.
Selain daripada untuk membungkus nasi lemak, makanan dan sebagainya, suratkhabar mempunyai banyak lagi kegunaan. Contoh yang paling biasa ialah membuat kraftangan seperti paper mache,bakul yang dianyam atau hiasan di pintu seperti di atas. 

Saya telah mempelajarinya di dalam siaran tv Art Attack lebih daripada 10 tahun yang lalu dan menyuruh anak-anak saya melakukannya.

Apa yang diperlukan ialah surat khabar, tape untuk membentuk surat khabar, kertas tisu tandas, watercolour dan syelek. Syelek digunakan untuk mengilatkannya dan supaya ia  tahan lama. Setelah lebih 10 tahun keadaannya masih elok  langsung tidak dimakan ulat. 


Mungkin ini satu idea untuk mengisi masa lapang anak-anak semasa cuti sekolah. 

Sekuntum bunga raya merah......

Baru baru ni sekutum bunga raya merah telah jatuh dari pokoknya di halaman rumah saya. Mungkin ada yang berkata,"Isy, isy, isy...Sekuntum pun perasan ke? Bunga raya kan bercambah(banyak) kat negara kita!" 

Sebenarnya pokok ini tak besar, hanya sekaki setengah saja tingginya. Daunnya tidak banyak. Batang pokok ini saya ambil dari kampung. Entah kenapa lambat sangat tumbuhnya. Mungkin kedudukannya di bawah pokok rambutan menyebabkan dia kurang terima cahaya matahari.

Berbalik kepada bunga raya yang jatuh tadi. Oleh kerana warnanya merah pekat dan kelopaknya banyak, saya sayang hendak membuangnya. Oleh itu saya keluarkan kelopaknya aehelai demi sehelai lalu masukkannya ke dalam buku telefon lama untuk dijadikan pressed flowers. Dalam hati ada juga ragu-ragu kerana semasa zaman kanak kanak dulu, bunga raya ini sering di jadikan lauk dalam permainan masak-masak.Mungkin susah nak dijadikan pressed flowers.

Selang beberapa hari dimasukkan ke dalam buku telefon adajugalah saya menjengah keadaannya. Takut berkulat pulak. Kadang kadang bunga yang aku tekan dalam buku ni ada juga yang berkulat terutama sekali yang berair. "Eh! ok pulak keadaannya," bisik hatikku semasa menyelak mukasurat buku telefon itu. Tak lama selepas itu, aku telah berjaya menghasilkan pressed bunga raya atau pressed hibiscus yang sudah pun boleh di susun untuk membentuk corak yang menarik.

Agak-agaknya apa warna bunga raya tersebut setelah kering? Merah.? Tidak! Hitam! Tidak! Itu bunga raya yang sudah berkulat! Warnanya ialah ungu pekat! Menarik.....

Monday, November 21, 2011

Flowers are red, green leaves are green. 
There's no need to see flowers in other way, 
then the way  they always have been seen. 
..................
Sedutan dari dari album Allah Knows -Zain Bikha 
Nasyid yang disampaikan oleh seorang kanak- kanak dan seorang dewasa menceritakan bagaimana seorang guru telah memaksa muridnya (mungkin peringkat tadika atau tahun satu) mewarnakan gambar bunga dan daun mengikut apa yang biasa dilihat iaitu bunga mesti  berwarna merah dan daun berwarna hijau.

Walaupun lirik nasyid itu tampak simple sebenarnya ia mempunyai maksud yang mendalam. Berbanding dengan guru tersebut, murid itu  seorang pemerhati yang teliti alam flora dan fauna ciptaan Allah. 

Seperti kebiasaan, sememangnya kanak kanak  dari awal lagi akan diajar sekiranya mewarna bunga, gunakanlah warna merah supaya kelihatan cantik .Daun pula lebih senang di warnakan hijau kerana orang akan tahu itu ialah daun. Namun kadangkala tanpa disedari kita telah menyekat daya kreativiti dan pengetahuan kanak-kanak serta memaksanya menerima pendapat mengikut kebiasaan saja.

Kanak- kanak mempunyai ketajaman mata dan fikiran yang selalu dipenuhi soalan. 
"Mak tu bunga  kan?
 "Apa warna bunga tu?"
"Kenapa bunga tu tak ada lima kelopak?"
" Kenapa bunga tu warna putih saja?" 
Pelbagai soalan ditanya dan tanpa kita sedari, puluhan "vocabulary" masuk ke dalam kotak pemikrannya dalam masa beberapa minit sahaja.


Sekiranya kita sentiasa memerhati dan berfikir seperti kanak- kanak, seharusnya kita boleh kaitkannya  dengan  kekuasaan Allah mencipta bunga yang mempunyai pelbagi warna yang indah. Warna yang boleh memenangkan fikiran dan melahirkan suasana yang menarik, InsyaAllah.

Mix n Match Colours

Baru- baru ni aku bersama keluarga telah pergi bersiar- bersiar di Taman Tasik Titiwangsa. Dah lama kami tidak berjoging di situ. Ketika pulang kami ternampak seorang lelaki sedang mempromosikan lukisan batiknya di car boot sale di kawasan letak kereta. Lantas aku bertanyakan tentang cara-cara melukis batik canting kepadanya. Wow! Dengan panjang lebar dia menerangkan cara mencanting batik. Maklumlah dia seorang guru pendidikan seni yang sememangnya amat meminati seni.

Salah satu teknik yang dia cadangkan dalam pemilihan warna ialah' play with colours'. Maknanya tak semesti daun dalam lukisan itu berwarna hijau dan tak semesti bunga berwarna merah. Sama seperti lagu yang didendangkan oleh Zain Bikha bertajuk 'Flowers are Red'.Antara  seni kata lagu tersebut," Flowers are red, green leaves are green..."

Yang penting kita pandai 'mix n match'. Memang betul! Apabila kita pandai bermain dengan warna dan uji warna mana yang serasi dengan satu sama lain, lukisan atau produk yang di hasilkan memang menarik. 

Thursday, November 17, 2011

Pressed Flowers in Frame (English Version)

Updated March 23, 2012




English Version



Need a unique gift for someone special?



But.....
a. Run out of ideas on what to give ?
or
b Would like the gift to be unique and pleasant to look at, other than  
   dull ordinary gifts?
or
c. would like the gift to be a special remembrance from you?
or
d. you are lack of time trying to find a suitable gift at shopping 
    centers?




Don't worry....We have a solution specially for you!


Introducing


Pressed Flowers in Frame

-Arrangements of natural flowers (not artificial)
-Vibrant natural colours( not dyed)
-Pressed and dried
-Laminated for long lasting

All the flower arrangement are placed in frames.

It is ideal  gifts for
1. birthdays
2. weddings
3. graduations
4. Mother's day
5. Teacher's day
6. Awards: office tasks and promotions

Because of its uniqueness and beauty, it is suitable for               home decoration and keepsake.

Do take a browse to view our beautiful collections of pressed flowers.

But take note.... Each pressed flower arrangement is different from each other. Not one  is exactly the same.

Therefore, choose which arrangements appeals to you and quickly place an order!

How to order?
Simple.....
Just follow the steps How To Order at the end of this page. 
Remember to e mail the proof of payment.




Note: Each frame glass will be replaced with a special plastic cover 
          to avoid inconveniences during the delivery process. 




Background: peach
Code: B 016
Size: 23.3 cm x 32 cm
Price: RM 40






















Background: Light Purple
Code: B 017
Size: 23.3 cm x 32 cm
Price: RM 40
Background: Cream
Code: B 018
Size: 23.3 cm x 32 cm
Price: RM 40






















Background:
Code: B 020
Size: 23.3 cm x 32 cm
Price: RM 40
Background: yellow
Code: B 019
Size: 23.3 cm x 32 cm
Price: RM 40























Background: peach
Code: B 021
Size: 23.3 cm x 32 cm
Price: RM 40


Background: yellow
Code: B 022
Size: 23.3 cm x 32 cm
Price: RM 40



















Background: Yellow
Code: B 023
Size: 23.3 cm x 32 cm
Price: RM 40





















Background: Cream
Code: F 002
Size: 23.3 cm x 32 cm
Price: RM 40


Background: Cream
Code: F 001
Size: 23.3 cm x 32 cm
Price: RM 40



























Background: Yellow
Code: F 003
Size: 23.3 cm x 32 cm
Price: RM 40
Background: Yellow
Code: F 004
Size: 23.3 cm x 32 cm
Price: RM 40






















Background: Yellow
Code: F 005
Size: 23.3 cm x 32 cm
Price: RM 40
Background: Peach
Code: F 006
Size: 23.3 cm x 32 cm
Price: RM 40

























Background: Peach
Code: F 007
Size: 23.3 cm x 32 cm
Price: RM 40
Background: Peach
Code: F 008
Size: 23.3 cm x 32 cm
Price: RM 40

















Background: cream
Code: F 010
Size: 23.3 cm x 32 cm
Price: RM 40

Bacground: Peach
Code: F 009
Size: 23.3 cm x 32 cm
Price: RM 40


Background: Peach
Code: F 011
Size: 23.3 cm x 32 cm
Price: RM 40
Background: Peach
Code: F 012
Size: 23.3 cm x 32 cm
Price: RM 40







Smaller Frames........


Background: Light blue
Code: M 002
Price: RM 30
Size: 16.5 cm x 21.8 cm   
Background: Pink
Code: M 001
Price: RM 30
Size: 16.5 cm x 21.8 cm



















Background: Pink
Code : M 004
Price : RM 30
Size 16.5 cm x 21.8 cm   

Background: Pink
Code: M 003
Price: RM 30
Size: 16.5 cm x 21.8 cm   


















Background: cream
Code: M 011
Price: RM 40
Size : 15 cm x 20 cm 

Background: cream
Code : M 012
Price: RM 40
Size: 15 cm x 20 cm 

















Background: cream
Code: M 013
Price: RM 40
Size: 15 cm x 20 cm 

















Background: cream
Code: K 002
Price: RM 40
Size: 23.7 cm X 18.8 cm
Background: cream
Code: K 001
Price: RM 40
Size: 23.7 cm X 18.8 cm
             



Background:  cream
Code: K 003
Price: RM 45
Size: 25cm X 20.3 cm


Background: cream
Code: K 004
Price: RM 40
Size: 23.7 cm X 18.8 cm




















Background: Cream
Code: K 005
Price: RM 45
Size: 25 cm X 20.3 cm
Background: Cream
Code: K 006
Price: 50
Size: 17.8 cm x 23 cm

                                      














Background: Light green
Code: L007
Size: 17.8 cm x 23 cm
Price: RM 50



Prices:
Pressed Flowers in Frame:
=> A4 Size -23.3 cm x 32 cm(large frame):
Peninsular Malaysia - RM40
Sabah and Sarawak - RM45
* Prices include shipping- Malaysia only


 
How to order:
Step 1:
Send email to salwa.arshad @ yahoo.com with the following information:
1. Product code option
2. name
3. delivery address
4. Telephone number

Step 2:
Bank-in your payment to Siti Salwa Arshad MAYBANK account:
1624 0510 0075

Step 3:
Forward the email which  proves  that your payment has been made.

Step 4:
Your orders will be sent to the shipping address within a week.









Monday, November 14, 2011

Bunga Yang Biasanya Kita Terlepas Pandang



Cuba teliti bunga bunga ini dan teka ini bunga apa. 


Hampir setiap orang telah melihatnya cuma mungkin tak perasan. Dengan kuasa Allah, bunga-bunga ini  terdapat di hampir setiap negara  di muka bumi ini kecualilah padang pasir dan kutub utara dan selatan. 

Dah dapat teka? Sebenarnya kedua-dua bunga ini adalah bunga yang hampir sama iaitu bunga rumput. Cuma mungkin kedua-duanya berbeza dari segi saiz dan spesisnya. Sebelah kiri ialah bunga rumput yang kita selalu terlepas pandang di kawasan rumah kita atau di tepi  jalan sahaja. Yang di sebelah kanan ialah bunga rumput yang terdapat di Niagara Falls yang gambarnya di ambil oleh ahli keluarga saya semasa kami melancong ke kawasan tersebut.

Bezanya bunga bunga rumput yang terdapat di Niagara Falls ini berbunga serentak dan ini menyebabkan pemandangan padang rumput yang biasa menjadi sebuah padang bunga...MasyaAllah....