Monday, November 21, 2011

Flowers are red, green leaves are green. 
There's no need to see flowers in other way, 
then the way  they always have been seen. 
..................
Sedutan dari dari album Allah Knows -Zain Bikha 
Nasyid yang disampaikan oleh seorang kanak- kanak dan seorang dewasa menceritakan bagaimana seorang guru telah memaksa muridnya (mungkin peringkat tadika atau tahun satu) mewarnakan gambar bunga dan daun mengikut apa yang biasa dilihat iaitu bunga mesti  berwarna merah dan daun berwarna hijau.

Walaupun lirik nasyid itu tampak simple sebenarnya ia mempunyai maksud yang mendalam. Berbanding dengan guru tersebut, murid itu  seorang pemerhati yang teliti alam flora dan fauna ciptaan Allah. 

Seperti kebiasaan, sememangnya kanak kanak  dari awal lagi akan diajar sekiranya mewarna bunga, gunakanlah warna merah supaya kelihatan cantik .Daun pula lebih senang di warnakan hijau kerana orang akan tahu itu ialah daun. Namun kadangkala tanpa disedari kita telah menyekat daya kreativiti dan pengetahuan kanak-kanak serta memaksanya menerima pendapat mengikut kebiasaan saja.

Kanak- kanak mempunyai ketajaman mata dan fikiran yang selalu dipenuhi soalan. 
"Mak tu bunga  kan?
 "Apa warna bunga tu?"
"Kenapa bunga tu tak ada lima kelopak?"
" Kenapa bunga tu warna putih saja?" 
Pelbagai soalan ditanya dan tanpa kita sedari, puluhan "vocabulary" masuk ke dalam kotak pemikrannya dalam masa beberapa minit sahaja.


Sekiranya kita sentiasa memerhati dan berfikir seperti kanak- kanak, seharusnya kita boleh kaitkannya  dengan  kekuasaan Allah mencipta bunga yang mempunyai pelbagi warna yang indah. Warna yang boleh memenangkan fikiran dan melahirkan suasana yang menarik, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment