Wednesday, December 28, 2011

Youtube Apa Kata Wanita Berkenaan Pressed Flowers dan Saya



Jemput lihat Youtube ini berkenaan projek Pressed Flowers saya yang di siarkan dalam Apa Kata Wanita bersama Zamzarina -bahagian kerja@rumah yang telah disiarkan di TV1 pada 23 Disember 2011.

http://www.youtube.com/watch?v=anUQb-EcLzI




www.youtube.com
blog: http://pressedflowersinframe.blogspot.com/Projek bunga tekap ini sudah ditayangkan dalam rancangan Apa Kata Wanita di slot kerja@rumah pada 23 Disember 2011..

A Special Floral Gift- Pressed Flowers



Tuesday, December 27, 2011

Pressed Flowers in Frame (Pelbagai Saiz)




Memperkenalkan


PRESSED FLOWERS SIAP DALAM
BINGKAI( Pelbagai Saiz)

Susunan bunga asli (bukan bunga tiruan)
berwarna warni
- ditekankan dan dikeringkan
- di'laminate' untuk tahan lama.


Warna warna terdapat disini adalah warna asli(bukan warna yang di celup).


Susunan bunga ini siap dimasukkan ke dalam bingkai.


Amat sesuai dijadikan hadiah

  • Hari jadi
  • Perkahwinan
  • Hari Ibu
  • Hari Guru
  • Tugasan pejabat- Penghargaan, kenaikan pangkat dll



Kerana keunikkannya dan keindahannya ia amat sesuai sebagai dekorasi rumah atau hadiah kenang- kenangan.


Silakan lihat koleksi kami. 


Jamu Mata...


Mana tahu ada yang berkenan di hati.


Tapi ingat!


Setiap susunan pressed flowers ini berbeza diantara satu sama lain, tidak ada satupun yang sama!


Oleh itu, pilih yang mana anda inginkan  dan cepat-cepat buat pesanan!


Bagaimana hendak membuat pesanan?
Mudah saja!
Sila rujuk kepada Cara- Cara Tempahan disebelah kanan blog.



Nota* Kesemua kaca bingkai akan digantikan dengan plastik keras  
           untuk mengelakkan apa-apa masalah semasa penghantaran.


Nota: Harga pressed flowers ini bergantung juga kepada bingkai 
          yang berlainan kualiti.



Latar belakang: biru cair
Kod: M 002
Harga: RM 30
Saiz: 16.5 cm x 21.8 cm   
Latar belakang: merah jambu
Kod: M 001
Harga: RM 30
Saiz: 16.5 cm x 21.8 cm

















Latar belakang: merah jambu
Kod: M 004
Harga: RM 30
Saiz: 16.5 cm x 21.8 cm   

Latar belakang: merah jambu
Kod: M 003
Harga: RM 30
Saiz: 16.5 cm x 21.8 cm   
















Latar belakang: kuning cair
Kod: M 011
Harga: RM 40
Saiz: 15 cm x 20 cm 

Latar belakang: kuning cair
Kod: M 012
Harga: RM 40
Saiz: 15 cm x 20 cm 















Latar belakang: merah jambu
Kod: M 013
Harga: RM 40
Saiz: 15 cm x 20 cm 















Latarbelakang: cream
Kod: K 002
Harga: RM 40
Saiz: 23.7 cm X 18.8 cm
Latarbelakang: cream
Kod: K 001
Harga: RM 40
Saiz: 23.7 cm X 18.8 cm
               


Latarbelakang: cream
Kod: K 003
Harga: RM 45
Saiz: 25cm X 20.3 cm


Latarbelakang: cream
Kod: K 004
Harga: RM 40
Saiz: 23.7 cm X 18.8 cm

 














Latarbelakang: Cream
Kod: K 005
Price: RM 45
Saiz: 25 cm X 20.3 cm
Latarbelakang: Cream
Kod K 006
Price: 50
Saiz 17.8 cm x 23 cm

                                        












Latarbelakang: cream
Kod: L 002
Price: 50
Saiz: 25.2 x 34 cm
Latarbelakang: Kuning
Kod: L 001
Harga: RM 50
Saiz: 25.2 x 34 cm



Latarbelakang: cream
Kod: L004
Harga: RM 50
Saiz: 29.7 cm x 34.7 cm
Latarbelakang: Kuning
Kod: L 003
saiz: 28.3 cm x 33.3 cm
Harga: RM50
















Latarbelakang: Cream
Kod: L006
Saiz: 29.7 cm x 34.7 cm
Harga: RM50
Latarbelakang: Merah Jambu
Kod: L 005
Saiz: 24.7 cm x 34.7 cm
Harga: RM50

















Latarbelakang: Hijau cair
Kod: L007
Harga: RM 50
Saiz: 17.8 cm x 23 cm






















Wednesday, December 21, 2011

Bagaimana Saya Mula-Mula Berminat Dengan Lukisan Cross Sketching


Sewaktu belajar di US dahulu saya telah memilih satu kelas lukisan cross sketching sebagai salah satu mata pelajaran elektif untuk memenuhi syarat mendapat ijazah di sana. Sistem universiti di US dahulu mewajibkan pelajar mengambil beberapa matapelajaran elektif disamping mata pelajaran jurusan yang ingin diceburinya. Mungkin daripada cara sebegitu pelajar akan mendapat pengetahuan yang lebih luas dan tidak tertumpu dengan jurusannya sahaja.


Berbalik kepada kelas cross sketching yang saya hadiri dahulu, saya adalah satu satunya pelajar Melayu di situ dan mungkin juga satu satunya pelajar Islam di kelas tersebut. Oleh kerana saya tak mahu berdepan dengan situasi melukis manusia (yang kadangkala tanpa berpakaian), saya terpaksa berjumpa dengan pensyarah tersebut untuk menerangkan tentang agama Islam yang melarang umat Islam melukis sedemikian.
Lagipun saya pernah terbaca hadith berkenaan larangan melukis manusia dan makhluk hidup tanpa tujuan  tertentu.
Mulanya memang lama juga saya fikirkan cara terbaik untuk menerangkannya.Terlintas juga dalam hati kenapalah bersusah payah nak ambil kelas ni. Dah tahu nak berdepan dengan situasi orang tanpa pakaian ni kenapa  nak masuk juga. Itulah bak kata orang kalau dah minat kena sanggup berdepan dengan risikonya.

Akhirnya terpaksalah saya pergi ke pejabat pensyarah tersebut menerangkannya. Anehnya pensyarah itu tidak pun banyak bertanya. "Ok. I'll tell you when the class have to practise drawing man or woman. You don't have to come to that class." Begitulah lebih kurang apa yang dikatakannya. Alhamdulillah Allah telah permudahkan segala urusan saya. Apabila tiba kelas melukis seorang manusia, guru tersebut memaklumkan kepada saya dan saya dibenarkan cuti kelasnya selama 2 kali.(Wallahualam..lelaki ke perempuan ke....berpakaian atau tidak saya pun malas nak ambil tahu.)

Sejak dari itu, lukisan cross sketching selalu menjadi kegemaran saya di kala boring atau melepaskan lelah.
Inilah salah satu cross sktech yang saya buat yang digabungkan dengan susunan pressed flowers.

 Menarik tak?

Friday, December 16, 2011

My Latest Collection of Pressed flowers in Frame





Background: cream
Kod: S 001
Price: RM 60

Monday, December 12, 2011

Uniknya Bentuk Daun di Sekeliling Kita

Cuba lihat gambar di sebelah! Pernahkah anda terlintas daun sebegini rupa? Ia bukan rumput tapi satu tumbuhan yang mempunyai batang yang pendek tapi daunnnya kadangkala boleh mencecah lebih 10 cm. Daunnya tak banyak cuma ia bercabang kadangkala bercabang tiga kadangkala bercabang lima.


Ada ketikanya bila kita bersiar siar di taman- taman awam atau di padang  permainan, jarang sekali kita memandang  pelbagai bentuk daun yang terdapat di sekeliling tempat tersebut. Bahkan jarang sekali kita melihat pokok jenis apa yang terdapat di tepi-tepi pejalan kaki pohon- pohon  yang teguh berdiri di celah celah batu. Kadangkala kita asyik memerhati di hadapan kita dan terlepas pandang apa yang kita pijak.

Kerap kali bila anak- anak kita melukis daun, dapat kita perhatikan daun yang dilukis hampir sama saja bentuknya. Bentuknya melengkung dan besar di tengah kemudian mengecil ke hujungnya. 

Sebenarnya Allah jadikan daun mempunyai pelbagai bentuk yang menarik. Ada yang bentuk seperti anak-anak kita melukis. Ada yang berbentuk memanjang seperti daun pandan, yang bulat bercantum tiga dalam satu ranting.dan ada yang seperti mangkuk. Ada juga yang pelbagai warna bercorak corak pada bahagian atas. 

Terdapat daun yang berpecah-pecah seperti  daun paku pakis dan  daun kelapa.Semuanya mempunyai bentuk tersendiri mengikut keadaan dan cuaca tempat pokok itu hidup yang kita panggil sebagai habitat.

Sejak terlibat dalam bidang pressed flowers ini, saya semakin tertarik dengan pelbagai bentuk dan corak daun yang terdapat disekeliling kita. Lantas dengan automatik saya boleh memikirkan tentang betapa Maha Kuasanya Allah mencipta daun-daun yang sebegitu unik.  Cuba lihat hasil susunan  daun-daun ini !


Nak lihat sususan pressed flowers saya yang lain? Klik di sini!