Monday, December 12, 2011

Uniknya Bentuk Daun di Sekeliling Kita

Cuba lihat gambar di sebelah! Pernahkah anda terlintas daun sebegini rupa? Ia bukan rumput tapi satu tumbuhan yang mempunyai batang yang pendek tapi daunnnya kadangkala boleh mencecah lebih 10 cm. Daunnya tak banyak cuma ia bercabang kadangkala bercabang tiga kadangkala bercabang lima.


Ada ketikanya bila kita bersiar siar di taman- taman awam atau di padang  permainan, jarang sekali kita memandang  pelbagai bentuk daun yang terdapat di sekeliling tempat tersebut. Bahkan jarang sekali kita melihat pokok jenis apa yang terdapat di tepi-tepi pejalan kaki pohon- pohon  yang teguh berdiri di celah celah batu. Kadangkala kita asyik memerhati di hadapan kita dan terlepas pandang apa yang kita pijak.

Kerap kali bila anak- anak kita melukis daun, dapat kita perhatikan daun yang dilukis hampir sama saja bentuknya. Bentuknya melengkung dan besar di tengah kemudian mengecil ke hujungnya. 

Sebenarnya Allah jadikan daun mempunyai pelbagai bentuk yang menarik. Ada yang bentuk seperti anak-anak kita melukis. Ada yang berbentuk memanjang seperti daun pandan, yang bulat bercantum tiga dalam satu ranting.dan ada yang seperti mangkuk. Ada juga yang pelbagai warna bercorak corak pada bahagian atas. 

Terdapat daun yang berpecah-pecah seperti  daun paku pakis dan  daun kelapa.Semuanya mempunyai bentuk tersendiri mengikut keadaan dan cuaca tempat pokok itu hidup yang kita panggil sebagai habitat.

Sejak terlibat dalam bidang pressed flowers ini, saya semakin tertarik dengan pelbagai bentuk dan corak daun yang terdapat disekeliling kita. Lantas dengan automatik saya boleh memikirkan tentang betapa Maha Kuasanya Allah mencipta daun-daun yang sebegitu unik.  Cuba lihat hasil susunan  daun-daun ini !


Nak lihat sususan pressed flowers saya yang lain? Klik di sini!

No comments:

Post a Comment