Friday, October 21, 2011

Pemilihan Warna dalam Bahan Penyampaian

Dalam menyusun bunga pressed flowers ini, saya hanya sekadar 'mix n match'  bunga dan daun supaya susunan ini lebih terserlah warnanya. Saya tidak ingat bagaimana saya dapat memilih dan memastikan warna-warna apa yang sesuai untuk di gandingkan. 


Mungkin pengalaman sebagai saya sebagai guru yang biasa membuat bahan bantuan mengajar menggunakan kertas mahjong banyak membantu saya dalam pemilihan warna. Pelajar akan tertarik dengan adanya warna pada bahan pengajaran yang ingin disampaikan. Bahkan dalam apa jua bahan penyampaian samada atas skrin atau penggunaan pen whiteboard berwarna warni memainkan peranan penting dalam pemfokusan sesuatu perbincangan.


 Apa yang saya ingat dulu, anak- anak selalu merujuk kepada saya bila mahu membuat lukisan dalam kelas pendidikan seni atau membuat poster bagi aktiviti sekolah. Kadangkala saya hanya membiarkan mereka memilih warna yang mereka rasa sesuai, kemudan barulah saya komen. Banyak kali juga saya menegur kerana mereka memilih warna yang tidak serasi. 


Misalnya dalam membuat poster, perkataan biasanya hanya menyerlah jika ada salah satu warna tersebut atau kombinasi tiga warna ini, merah, hitam dan biru. Merah boleh serasi dengan hitam atau biru tapi biru dan hitam tidak serasi. Sekiranya kita perhatikan dari jauh(kalau kita tak rabunlah, hehe), kita dapat baca  perkataan-perkataan ini dengan sekilas pandang saja . Konsep in jugalah saya gunakan dalam susunan pressed flowers saya.Pemilihan warna adalah penting agar susunan bunga ini tidak nampak 'dull' dan ini boleh memberi kesan kepada suasana dalam satu- satu bilik atau kawasan.


Ikuti perbincangan saya seterusnya tentang pemilihan warna dalam bahan penyampaian.