Friday, February 15, 2013

Please Surf/Search my other website

Blog ini ditutup buat sementara. Sila layari website saya yang ini. Klik

http://pressedflowers.weebly.com/

This blog is close temporarily. Please surf/search my other website. Click

http://pressedflowers.weebly.com/

Friday, January 18, 2013

Orang yang Meminati Pressed Flowers Biasanya Minat Bercucuk Tanam

Seseorang yang meminati bidang pressed flowers biasanya orang yang minat bercucuk tanam, tak kira samada menanam sayuran mahupun pokok bunga. Apa yang jelas dia akan tertarik dengan pelbagai bentuk dan warna bunga dan daun yang ada di sekitar kawasan rumahnya tak kira samada yang ditanam atau yang tumbuh sendiri. Setiap tumbuhan yang jarang kelihatan di kawasan rumahnya dan tiba tiba tumbuh di kawasan rumahnya akan menarik perhatian walaupun tumbuhan itu sangat kecil.

Dia akan memastikan tanaman sentiasa segar dan sihat. Setiap bunga yang mekar kembang di tamannya adalah kepuasan hatinya. Sememangnya Allah menjadikan bunga sebagai penenang jiwa terutama sekali bagi kaum hawa. 



Namun bunga biasanya tidak bertahan lama. Bagi peminat pressed flowers, bunga yang di minatinya akan dijadikan pressed flowers agar ia dapat dijadikan kenangan yang dapat diamati selalu.