Tuesday, November 22, 2011

Sekuntum bunga raya merah......

Baru baru ni sekutum bunga raya merah telah jatuh dari pokoknya di halaman rumah saya. Mungkin ada yang berkata,"Isy, isy, isy...Sekuntum pun perasan ke? Bunga raya kan bercambah(banyak) kat negara kita!" 

Sebenarnya pokok ini tak besar, hanya sekaki setengah saja tingginya. Daunnya tidak banyak. Batang pokok ini saya ambil dari kampung. Entah kenapa lambat sangat tumbuhnya. Mungkin kedudukannya di bawah pokok rambutan menyebabkan dia kurang terima cahaya matahari.

Berbalik kepada bunga raya yang jatuh tadi. Oleh kerana warnanya merah pekat dan kelopaknya banyak, saya sayang hendak membuangnya. Oleh itu saya keluarkan kelopaknya aehelai demi sehelai lalu masukkannya ke dalam buku telefon lama untuk dijadikan pressed flowers. Dalam hati ada juga ragu-ragu kerana semasa zaman kanak kanak dulu, bunga raya ini sering di jadikan lauk dalam permainan masak-masak.Mungkin susah nak dijadikan pressed flowers.

Selang beberapa hari dimasukkan ke dalam buku telefon adajugalah saya menjengah keadaannya. Takut berkulat pulak. Kadang kadang bunga yang aku tekan dalam buku ni ada juga yang berkulat terutama sekali yang berair. "Eh! ok pulak keadaannya," bisik hatikku semasa menyelak mukasurat buku telefon itu. Tak lama selepas itu, aku telah berjaya menghasilkan pressed bunga raya atau pressed hibiscus yang sudah pun boleh di susun untuk membentuk corak yang menarik.

Agak-agaknya apa warna bunga raya tersebut setelah kering? Merah.? Tidak! Hitam! Tidak! Itu bunga raya yang sudah berkulat! Warnanya ialah ungu pekat! Menarik.....

No comments:

Post a Comment