Wednesday, February 22, 2012

Bolehkan Bunga Raya Dijadikan Pressed Flowers?

Pernah terfikir bunga raya juga boleh dijadikan pressed flowers? Walaupun kelopak bunga raya berlendir atau berair, dengan cara cara tertentu ia boleh dijadikan pressed flowers.

Bunga raya yang dipetik janganlah ditunggu lama untuk ditekap kerana ia akan berkedut. Ingat! Jangan petik bunga yang bukan hak kita atau tanpa kebenaran orang. Tak berkat nanti!

Selain itu elakkan mengambil bunga raya yang berembun kerana dikhuatiri ia akan berkulat.Keluarkan keolpaknya satu persatu. Elakkan menekap bunga sekuntum terus kerana takut warnanya tidak seperti yang diharapkan.

Tentukan juga buku atau kertas yang digunakan untuk menekap bunga ini kering.

Gambar disebelah memaparkan pressed bunga raya yang saya susun bersama bunga lain. Menarik? Silakan lihat susunan pressed flowers saya diblog ini. Klik di sini!

No comments:

Post a Comment