Thursday, March 22, 2012

Daun Kari Juga Boleh Dijadikan Pressed Leaves?

Susunan daun kari bersama
daun lain  dan pelbagai bunga .
Tak ramai yang tahu daun kari yang biasanya kita masukkan ke dalam kuah gulai atau kari  juga boleh dijadikan pressed leaves yang menarik. Biasanya yang menarik ialah daun kari muda yang mempunyai tangkai yang bengkok sedikit.

Adakalanya daun ini apabila di tekap lama ia akan berubah menjadi hitam. Kadangkala sekiranya kita mengeluarkannya dari buku yang ditekap beberapa hari selepas itu , ia mempunyai warna 'shading' yang menarik. Daun kari ini agak susah di tekap kerana daunnya mudah tanggal dari tangkai. Ini terutama sekali daun kari tua.

Cubalah tekap daun ini dan susunkan bersama bunga-bunga yang berwarna warni.
Pasti menarik, InsyaAllah.

Jemput lihat susunan pressed flowers saya yang lain. Klik di sini.
Susunan daun kari bersama
daun lain dan pelbagai bunga
Susunan daun kari bersama
daun lain dan pelbagai bunga

No comments:

Post a Comment