Wednesday, June 29, 2011

Pressed Flowers (Bunga Tekap) sebagai hadiah- apa uniknya



Susunan 'pressed flowers' atau bunga tekap  selalunya berlainan antara satu sama lain sebab saiz kelopak bunga yang dijadikan Allah ini berbeza. Agak susah mendapat susunan yang betul-betul sama walaupun menggunakan bunga- bunga yang sama.  Demikian juga saiz daun atau rumput yang digunakan. Ada yang uratnya berlainan ataupun bucunya  berbeza bilangan. Oleh itu bila di susun bersama bunga- bunga yang berlainan saiz sudah tentu susunan ini menjadi berlainan.

Oleh kerana keunikkannya itu , di tambah pula dengan warna asli ciptaan Allah yang menakjubkan ini, sudah tentu orang yang mempunyai susunan 'pressed flowers' ini  berasa ia sesuatu yang berharga. Susunan 'pressed flowers' dari sekecil kecil penanda buku hinggalah ke gambar berbingkai besar jarang sekali dibuang oleh tuan empunya terutama sekali bila diberikan sebagai hadiah.

'Pressed flowers' yang memaparkan bunga asli juga dari warna asal boleh digambarkan seolah-olah seseorang mendapat jambangan bunga segar. Cuma bunga itu tidak akan layu, InsyaAllah.  Warna asal dan bukan warna bunga yang dicelup menyebabkan seseorang dapat menghargai alam semulajadi. Sudah semestinya jambangan bunga 'pressed flowers' ini dapat menenangkan fikirannya.

Susunan 'bunga tekap' amat sesuai dijadikan 'hadiah hari jadi' kepada seorang wanita atau kepada 'hadiah pengantin' di  hari perkahwinan. Oleh kerana ia tahan lama,dapatlah diabadikan sebagai kenang- kenangan sebagai hadiah daripada seorang sahabat atau saudara. Dengan demikian bertambah eratlah persahabatan diantara satu sama lain.

.

Ingin melihat susunan bunga tekap yang di hasilkan oleh saya?
Klik disini!







No comments:

Post a Comment