Monday, June 27, 2011

Bagaimana Cara- Cara Saya Menghasilkan 'Pressed Flowers and Leaves'



Susunan 'Pressed flowers ' atau bunga tekap biasanya dibuat daripada bunga  dan daun asli yang segar yang melalui proses tekanan yang kuat  untuk mengeluarkan air daripadanya selain daripada memastikan  tiada  proses pereputan berlaku akibat pendedahan cahaya. 

Proses menghasilkan bunga tekap ini bermula dengan pemilihan bunga. Ingat! pilih bunga yang berlainan saiz dan warna. Barulah susunan bunga anda menarik! Bunga yang sesuai ialah bunga yang tidak mengandungi air yang banyak pada kelopaknya. Seelok-eloknya kelopak bunga ini nipis supaya ia cepat kering. Contohnya bunga kertas, bunga ros, bunga jarum dan semarak api.  Samalah denga daun. Daun yang banyak air seperti pokok setawar tidak sesuai kerana terlalu banyak air. Pokok orkid juga tidak sesuai kerana daunnnya terlalu keras.

Selepas pemilihan bunga dan daun,  barulah kelopak bunga dikeluarkan satu persatu untuk melalui proses tekanan. Bunga yang hendak di tekankan jangan ditunggu lama selepas dipetik. Ia perlu di tekan sebelum ia layu. Janganlah pula anda petik pada awal pagi, kemudian hanya menekannya selepas makan tengahari. Sekiranya ia layu, kelopaknya akan kecut dan berkedut. Jadi susah untuk mendapat bentuk yang menarik. Buat penat ajelah! Samalah dengan daun. Daunnnya yang hendak di tekan seeloknya baru dipetik, yang masih segar, tapi mesti jangan yang baru disiram atau dipenuhi embun. Sekiranya bunga atau daun yang hendak ditekan mengandungi titisan air, ia  akan berkulat dan tidak sesuai lagi digunakan. Kena rajin dan sabar!



Untuk menekan bunga-bunga ini bahan yang paling sesuai digunakan ialah buku telefon  lama yang tebal(biasanya diberikan percuma oleh pihak telekom dahulu). Buku yang mempunyai kertas 'newsprint' juga sesuai digunakan. Kat mana nak dapatkannya? Biasanya dalam buku-buku latihan UPSR,PMR yang murah-murah tu. Ingat gunakan buku telah digunakan. Jangan membazir!  Sekiranya anda tiada buku- buku ini, kertas surat khabar biasa pun boleh digunakan cuma ia agak leceh sebab perlu di koyakkan sehelai demi sehelai. Sabar....ini baru peringkat pertama. Belum lagi peringkat ke dua. 


Keluarkan kelopak satu persatu untuk memudahkan ia kering dan letakkannya di atas helaian buku itu. Elakkan daripada pertindihan bunga . Sekali lagi kena sabar.... Bunga jarum yang kecil itu tak perlu  di keluarkan kelopaknya. Pisahkan setiap bunga daripada satu sama lain. kemudian tekankan dengan jari bahagian kelopaknya(bahagian batangnya dibiarkan) Seterusnya tutup dengan cepat bunga-buga itu agar ia tidak kembali ke posisi asalnya.


Hempapkan buku telefon itu dengan beberapa buah buku lain yang berat dan biarkannya beberapa hari untuk menghasilkan bunga tekap yang menarik.


Berminat dengan bunga tekan(pressed flowers)? Klik di sini!


No comments:

Post a Comment