![]() |
Salah satu frame kecil koleksi pressed flowers saya. |
Jawapannya ye dan tidak. Saya hanya memetik bunga yang saya sendiri tanam sahaja, yakni di sekeliling rumah atau yang tumbuh dengan sendiri di celah celah rumput.
Ada kalanya ketika balik kampung, saya minta kebenaran untuk memetik beberapa kuntum bunga dan daun dirumah saudara mara. Ada juga bunga yang saya beli di kedai bunga bila saya terasa bosan dan teringin nak cantikkan kawasan ruang tamu.
Sekiranya di taman awam, kecantikan semulajadi enggan saya rosakkan kerana saya memang pencinta bunga dan tumbuhan. Sekiranya ada yang jatuh berguguran ditanah barulah saya ambil untuk di buat koleksi pressed flowers saya.
Buat apa merosakkan pemandangan yang begitu cantik yang penat- penat dijaga oleh tukang kebun di taman awam tersebut. Lagipun dengan melihat tumbuhan yang menghijau dan bunga pelbagai warna penyeri taman tersebut membuatkan kita mengkagumi dan mensyukuri alam ciptaan Allah ini.
No comments:
Post a Comment