![]() |
Salah satu bunga yang menarik di Taman Tasik Perdana |
Cuma kadang- kadang bila terfikir taman ini selalu mempunyai masalah parking menyebabkan saya berfikir dua kali untuk beriadah di sini. Bagi seseorang yang mengalami masalah tidak dapat berjalan jauh seperti saya, Tasik Perdana mungkin kurang sesuai kerana tempat meletak kenderaan amat kurang sekali yang berdekatan tempat jogging.
Biasanya apabila saya ke sana satu ketika dahulu, tempat yang dituju ialah tempat permainan yang terletak tidak jauh dari Kelab diraja Perdana. Kali ini oleh kerana tempat itu sangat penuh kami terpaksa menumpang di tempat meletak kenderaan kakitangan. Tak apa kot sebab hari itu hari ahad.
Apa yang menariknya jalan masuk ke kawasan taman ini di hiasi dengan pokok- pokok orkid yang disusun tinggi. Sebaik sahaja masuk ke kawasan ini kelihatan deretan bunga lavender (saya kurang pasti) menghiasi bahu jalan. Saya cuba mencium baunya dan mendapati baunya agak harum.
Berjalan jalan di kawasan ini seolah olah berjalan di kawasan taman bunga yang eksotik .MasyAllah. Sesungguhnya Allah menjadikan bunga- bunga yang indah ini untuk menenangkan hati kita sambil menyuruh kita mensyukuri nikmat yang diberikan kepada kita.
Di tepi satu bahu jalan terdapat satu air terjun buatan yang agak besar.Terdapat banyak bunga berwarna warni yang belum pernah aku lihat sebelum ini. Susunan pokok pokok ini juga kemas dan tidak kelihatan serabut.
Menariknya taman ini dijaga agar sentiasa kelihatan bersih dan rata-rata pengunjung ke taman ini tidak mengacau keindahan bunga ini dengan sengaja memetik dan mematahkannya.
No comments:
Post a Comment