
Puas juga saya menerangkan kepada mereka bahawa susunan pressed flowers ini bukannya satu lukisan bahkan ia tidak mengandungi apa- apa pewarna yang diletak ke atasnya.Kesemuanya adalah bunga serta daun asli dan warnanya juga adalah asli. Meskipun ada perubahan sedikit dari warna asal semasa proses penekanannya, warna ini tetap kekal selepas di'laminate'.
Alhamdulillah, susunan ini tidak mengalami perubahan warna dan proses pereputan meskipun lebih 8 bulan saya membuat susunan pressed flowers ini. Sudah semestinya ia boleh dijadikan hadiah yang amat unik dan indah
terutama sekali buat seorang wanita.
No comments:
Post a Comment